Cinta dan persahabatan ? Aku lebih rela memilih ....
Ada kalanya indah ,
ada kalanya suram tak bererti.
" Mengapa mengejar cinta yang tak berkesudahan sedangkan adanya persahabatan yang tulus namun tak dapat dilihat dengan mata kasar. Hanya dengan mata hati. "
Aku pernah mengejar cinta seseorang yang tidak berbalas dalam diam. tapi , apabila cinta dibalas ..
Baru aku sedar tentang erti kehidupan.
Baru aku sedar yang aku sudah tersilap langkah.
Baru aku sedar yang aku masih belum bersedia untuk menghadapi semua.
Aku sendiri gagal untuk menerima cinta yang dibalas kerana aku masih ragu - ragu dengan diri aku sendiri. Dan , kepercayaan aku pada dia masih belum sempurna. Mungkin ada sebab mengapa aku memilih keputusan ini. Ya . Memang ada.
Demi persahabatan yang telah terbina sekian lama , aku cuba untuk membuang perasaan ini dari menguasai diriku. Aku juga tak mahu hubungan persahabatan ini terjejas gara - gara timbulnya perasaan asing itu.
Persahabatan lebih unggul daripada percintaan. Tanpa persahabatan , cinta akan berakhir. Tetapi , tanpa percintaan .. persahabatan akan terus kekal. Dan kerana itulah aku memilih persahabatan.
Bagi aku ,seseorang jarang boleh hidup tanpa adanya sebuah persahabatan. Kerana persahabatan itulah yang menceriakan hari yang suram.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar